09 November 2009

kata2 hikmah~

"seorang kawan ku yg memforwardkan artikel ini..dush! hatiku tertembak sedikit sebanyak..
terima kasih kerana membuatkan aku berpijak dibumi nyata...


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

senyum??

hari ni, aku masih di rumah doing nothing..makan dan makan je kerja aku semenjak aku tinggal di rumah di waktu cuti ni..huhu..kasihan badan..kasihan hati sebab tidak disuap dengan nasihat dan nasihat dan teguran dan kata2 indah..insyaALLAH, statement tu ikhlas dari hati..

berbalik kepada title senyum tu.. aku baru je selesai membaca blog seorg kwn (teman=perempuan||kawan=lelaki)..sggh lawak dan jenaka selamba blog dia..ha, tu lah yg membuatkan aku ketawa seorang diri..alhamdulilah, ada juga yg membuatkan aku ketawa di waktu cuti2 sebegini..

mari kita main related game..

SENYUM- hobi aku adalah senyum..aku suka untuk senyum walaupun aku tahu senyuman aku xlah secantik senyuman org lain..dan aku tahu senyuman aku xlh seikhlas senyuman org lain..aku suka untuk senyum..senyum dapat menbuatkan hati aku gembira..ya,, gembira dengan sekadar senyum..personally, kalau aku tersenyum, semua prasangkan buruk dalam hati lupus begitu sahaja, insyaALLAH.. kalau kita senyum, org yg gundah akan tergembira melihat kita senyum..betol?! bak kata orang, senyum itu awet muda...hurm,,insyaALLAH...

KETAWA- salah satu lagi hobi aku..gelak! hahaha..ataupun dalam bahasa inbunda aku adalah TETAK..haha. memori aku berkenaan gelak adalah semasa aku tingkatan 3..mmg hantu gelak lah kot dalam kelas bersama teman2 sekelas ku Alia, Faizah, Azeema...masa tu, kami kelas 3B. argh! aku rindu saat tu...carefree~ kami gelak tanpa mempedulikan org lain...mmg hantu gelak lh sebab kami gelak bagai nk rak..bak kata org swak,, 'tetak terbak2'..hehe. AKU SUKA GELAK!! alhamdulilah..tapi mistake aku ialah aku gelak xayu lh..macam mne ni?? ish2..xelok...hehe. dan aku pernah tergelak sampai xdapat nafas..masyaALLAH...

eh, related game ae?? Game ape nye..hehe,,maaf ye..

Hati...maafkan aku...hati,,tepislah godaan syaitan ya hati...aku tahu engkau lemah..cuba lah sekuat daya kau..aku tahu kau boleh...tapi, aku xboleh! aku perlukan kata2 dan madah2 suci...hati,, berubah lah kau ya hati...aku tahu kau boleh.. semua tu hanyalah godaan dunia..aim kau adalah SYURGA...hati, ingatlah ya hati..hanya padaNYA tempat kau memohon.. ya hati, tenanglah...ya hati, bersangka baik lh hati...ya hati, penuhilah ruang2 mu dengan mengingati padaNYA dan Rasul..ya hati, sucikanlah..ya hati!!!!

insyaALLAH kata2 itu ikhlas dari hatiku...semoga hari2 mendatang menampakkan hikmah NYA..insyaALLAH...semoga rasa sayang ku pada teman2 ku ikhlas kerana ALLAH..semoga sayang ku pada keluarga ku lebih tinggi daripada sayangku pada teman2 ku..insyaALLAH...