09 November 2009

kata2 hikmah~

"seorang kawan ku yg memforwardkan artikel ini..dush! hatiku tertembak sedikit sebanyak..
terima kasih kerana membuatkan aku berpijak dibumi nyata...


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

senyum??

hari ni, aku masih di rumah doing nothing..makan dan makan je kerja aku semenjak aku tinggal di rumah di waktu cuti ni..huhu..kasihan badan..kasihan hati sebab tidak disuap dengan nasihat dan nasihat dan teguran dan kata2 indah..insyaALLAH, statement tu ikhlas dari hati..

berbalik kepada title senyum tu.. aku baru je selesai membaca blog seorg kwn (teman=perempuan||kawan=lelaki)..sggh lawak dan jenaka selamba blog dia..ha, tu lah yg membuatkan aku ketawa seorang diri..alhamdulilah, ada juga yg membuatkan aku ketawa di waktu cuti2 sebegini..

mari kita main related game..

SENYUM- hobi aku adalah senyum..aku suka untuk senyum walaupun aku tahu senyuman aku xlah secantik senyuman org lain..dan aku tahu senyuman aku xlh seikhlas senyuman org lain..aku suka untuk senyum..senyum dapat menbuatkan hati aku gembira..ya,, gembira dengan sekadar senyum..personally, kalau aku tersenyum, semua prasangkan buruk dalam hati lupus begitu sahaja, insyaALLAH.. kalau kita senyum, org yg gundah akan tergembira melihat kita senyum..betol?! bak kata orang, senyum itu awet muda...hurm,,insyaALLAH...

KETAWA- salah satu lagi hobi aku..gelak! hahaha..ataupun dalam bahasa inbunda aku adalah TETAK..haha. memori aku berkenaan gelak adalah semasa aku tingkatan 3..mmg hantu gelak lah kot dalam kelas bersama teman2 sekelas ku Alia, Faizah, Azeema...masa tu, kami kelas 3B. argh! aku rindu saat tu...carefree~ kami gelak tanpa mempedulikan org lain...mmg hantu gelak lh sebab kami gelak bagai nk rak..bak kata org swak,, 'tetak terbak2'..hehe. AKU SUKA GELAK!! alhamdulilah..tapi mistake aku ialah aku gelak xayu lh..macam mne ni?? ish2..xelok...hehe. dan aku pernah tergelak sampai xdapat nafas..masyaALLAH...

eh, related game ae?? Game ape nye..hehe,,maaf ye..

Hati...maafkan aku...hati,,tepislah godaan syaitan ya hati...aku tahu engkau lemah..cuba lah sekuat daya kau..aku tahu kau boleh...tapi, aku xboleh! aku perlukan kata2 dan madah2 suci...hati,, berubah lah kau ya hati...aku tahu kau boleh.. semua tu hanyalah godaan dunia..aim kau adalah SYURGA...hati, ingatlah ya hati..hanya padaNYA tempat kau memohon.. ya hati, tenanglah...ya hati, bersangka baik lh hati...ya hati, penuhilah ruang2 mu dengan mengingati padaNYA dan Rasul..ya hati, sucikanlah..ya hati!!!!

insyaALLAH kata2 itu ikhlas dari hatiku...semoga hari2 mendatang menampakkan hikmah NYA..insyaALLAH...semoga rasa sayang ku pada teman2 ku ikhlas kerana ALLAH..semoga sayang ku pada keluarga ku lebih tinggi daripada sayangku pada teman2 ku..insyaALLAH...

07 November 2009

kembali

kini aku berada di rumah..
rindu nye aku kat umah..kat katil..kat masakan mak..kat family ku..kat TEMAN2 ku..
aku fly balik hari rabu walaupun exam abis ari jumaat..huhu..
c?? aku xde idea lah..maafkan aku..
aku hanya nk luahkan yang aku bersyukur kerana aku masih bernyawa utk sampai kt cni..alhamdulilah...

ok..nnti2 lh aku sambung lagi ye..maafkan aku..
semoga hari esk bertambah baik daripada hari ini..insyaALLAH~

02 November 2009

aku gembira

semalam (021109), aku dan teman2 sekolejku seramai 8 org telah pergi ke Genting Highlands! huhu. alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar..kami bergerak dari INTI menggunakan bas yg disediakan pada pukul 7.10 pagi..huhu,pagi x?? bukan ny selalu keluar bilik awal2 pagi camtu.. boleh dikatakan, dari INTI ke Genting Highlands tu semuanya smooth walaupun ada sana sini yg rough seperti dalam KTM, 45 minit aku dan teman ku 2 org berdiri..xde tempat duduk,,sebab kan pagi2 org pergi kerja kan..aku xkisah sbb aku anggap perkara tu satu pengalaman :)

INTI --> KTM Nilai --> KL Sentral --> Stesen Putra --> Genting Skyway --> Genting Theme Park

Begitulah perjalanan kami ke Genting Highlands. dan bagi aku, ia adalah yg ke2..sbb yg pertama kali pergi dengan MASKIAH dan kakak2 ny.. dan bagi aku jugak, menaiki monorel adalah yg pertama..nampaknya, aku boleh survive seorg diri nanti kalau nk pergi meronda2 Kuala Lumpur..hehe.

Rasa mcm malas je nk taip setiap details kami di Genting..xpe,,insyaALLAH saat2 best itu akan kuingat..pa2 pun, buat teman2 ku,,TERIMA KASIH berjuta2 sebab tanpa anda, aku xkn dpt pengalaman itu..maafkanlah setiap kesalahan ku samada aku tersedar atau x ketika melakukannya..aku hanyalah manusia biasa yg lemah..syukur ke hadrat ALLAH kerana mempelihara perjalanan kami..moga pengalaman itu memberi hikmah tersirat buat semua di samping kita enjoy! huhu.. lain kali kita pergi tempat lain lh pulak ye..MELAKA ke,,ke pantai ke,,mana2 asalkan aku dapat memperluaskan pemandangan ku..insyaALLAH.

01 November 2009

Ilmu Ikhlas

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

www.iluvislam.com
Editor: RosNiza Abdullah

bangga

rupanya 2 org kwn ku kini telah meneruskan perjuangan sehingga ke Jordan!
w0w..aku begitu bangga sekali dgn kwn ku itu..aku lupa nm uni mereka..mereka mengambil jurusan al-fikh sumting2..sory,,

nampaknya kini, SMKA TUN AHMAD ZAIDI telah terbukti mampu menghasilkan anak bangsa yg berjaya..sebab batch aku 2 org di Mesir dan 3 org di Jordan..semuanya berpijak di bumi Anbiya..beruntong lah mereka.. dan 3 org lagi, insyaALLAH akan melanjutkan study mereka di Korea, Australia dan US. tetapi, mereka masih dalam program persediaan. Yang akan ke Korea tu, mungkin 3-4 bulan lagi akan fly. yg ke Australia pula, aku xpasti..mungkin setahun setengah kot.. hurm,,yg akan ke US pula, akan menghabiskan 2 thn lagi di Malaysia..lama lagi tu..jgn risau.huhu.

pokok pangkal nya, warga SMKA TUN AHMAD ZAIDI patut berbangga dengan pencapain pelajar nya.. jujur aku katakan, semasa aku masih bersekolah dulu, cikgu2 sering mengatakan sesuatu yg membuatkan sekolah ku itu nampak seperti tidak berkualiti..andaian mereka salah sama sekali! kami telah membuktikannya cikgu yang kami mampu dan insyaALLAH akan menjadi anak harapan bangsa.. kami perlukan doa dan dorongan cikgu untuk berjaya..

alamak,,dah terbuka cerita zaman skolah2..bab ni lah yg aku plg sensitif..zaman skolah2! zaman yg paling bahgia..walaupun semasa skolah tu,,asyik kata xsabar nk keluar dari skolah..tapi selepas keluar tu,,nak ingin skolah balik..hm,,lumrah manusia kn..aku adalah salah seorg daripada manusia tu..huhu

aku xnk post panjang2,,sebab esk aku dan teman2 nk pergi ke GENTING HIGHLAND..insyaALLAH kalau xde aral melingtang dihadapan..semoga kwn2 aku yg berada di negara org tu aman2 saja dan dipermudahkan oleh ALLAH dalam segala hal..semoga mereka berjaya di sana! amin.. dan semoga perjalanan aku dan teman2 esk akan dipelihara daripada sebarang kesulitan..amin.

tunang???

~versi sarawak~

marek, tym nk g alamanda ngn kakak n bg zul n hanis n hazimin n meera (skali jwk ngn 2 org teman), kakak nyk samada kmk twk x hal abg nk tunang ya..kmk pdh lh kmk twk..tup2,,nya mdh 'skali ngn Kak Enah'.. respon kmk "hah???? kak enah nk tunang? menakah?? knk mak xpdh pun kmk??"

~versi rojak~

aku terkejut beruk dikala mendengar berita itu..kak enah dh ada org merisik??? aku mcm xpercaya waktu itu..kakak yg aku syg akan menjadi milik org..huhu. kak enah,,nk tunang bulan 12 lak?? mcm xcayak eh..sama ngn abang gk ya..lucu,,sama indah.. apa2 pun aku berasa gembira bagi pihak abg n kak enah..sudah semestinya mak dan bapak gembira kn??? nampaknya, tinggal aku dan adik aku saja yg akan menjadi buah hati mak dan bapak ku..kecyan mak bapak,,anak2 nk buat hidup sendiri..atau mereka bangga? atau mereka gembira sebab anak mereka nk bina masjid?? apa2 pun, aku mendoakan abg dan kak enah telah bertemu jodoh sehidup semati,,inysaALLAH..

~versi swak~

kak enah nk kawen?? kmk cdeyh..nya nk kawen eh..tggllh kmk sorang lak..huhu.pa2 pun, kmk harap ktk bahgia ngan azad..kmk harap ktk akn jd bakal isteri yg solehah..kmk harap, azad akan bimbing ktk..kmk harap kitak happy2 jk..kmk sayang ktk! walaupun kmk xnunjok,,tapi kmk syg ktk...

abang pun nk tunang jwk..ngn kakak dari serian sanya..kmk lom tgga gk muka nya..alhamdulillah,,abg nk bina masjid jwk..kmk harap ktk dapt bimbing kakak ya (xtwk nama,,sory)..kmk harap ktk jd seorg suami yg berlandaskan islam..kmk syg ktk jwk! mesti mak bapak bangga ngn lega ngn ktk...

nampaknya, aku akan kehilangan semua kakak2 n abg2 aku pada org lain..aku harap, mereka akan menjadi suami atau isteri atau bakal suami atau bakal isteri yg soleh dan solehah..diharap rumah tangga mereka berlandaskan ISLAM..insyaALLAH. nampaknya jugak, cuti aku akan terisi dengan pelbagai perkara sebab majlis pertunangan kakak dan abang aku akan diadakan hujung bulan 12 nnti..xlama lg tau!huhu..

bergembiralah hati..ikhlaskanlah hati..

31 Oktober 2009

bagaimana??

byk benda nk dicerita kat post ni..huhu.insyaALLAH kalau msh mampu..

yg pertama:
mcm mana saudari boleh
follow sy?? sy xberniat pun nk meng_komersial_kan blog yg sangat kasihan ni..huhu.apa2 pun terima kasih..sy harap blog yg sangat kasihan ni tersembunyi daripada umum..ameen.

yg kedua:
seorang teman sy terbaca blog sy! argh,,kantoi..huhu. yg cdeyh nya, sy dengan biadap terus menutup
application blog sy tu walaupun die sedang membaca..maafkanlah sy ye teman..bukan sengaja,,refleksi diri.. sy harap awk xbukak pun lagi blog sy ni..sy xnk org lain tahu luahan hati sy..nnti, semua nya akan jd xikhlas..percayalah..

yg ketiga:
bagaimana sy hendak membaiki
line connection laptop sy ni..sangat memusykilkan hati..sebab seorang teman sy yg sebilik dgn sy, connection dia sangat bagus dan xputus2..sy punya, setiap 5 minit akan teroff sendiri..ish2,,kenapa?? satu lagi, walaupun sy dah offkan laptop, status YM sy masih lagi menandakan sy sedang online..mengapa? mmg musykil kan..mungkin mmg dah xde rezeki sy nk berchatting kot.. ha! mungkin juga nk mengurangkan dosa sy daripda berchatting..alhamdulilah. baru je beberapa saat tadi sy menyedari nya.. hurm..tapi kan,,sy kesian kat org yg hantar sebarang chat kat sy..sebab sy xterima pun chat mereka sebagai offline message..maafkanlah sy. bukan salah sy..dan xde sesiapa yg nk dipersalahkan..ha! mungkin jugak sy yg patut dipersalahkan..sebab kat dunia ni, kalau bukan kita yg bersalah, siapa lagi kan??

manusia <
ditujukan pada diri sendiri> sering lupa dan sering leka dengan segala hal dunia..mungkin sudah menjadi tabiat mereka untuk sering menyalahaan org lain..INGAT! setiap yg berlaku mungkin sedikit sebanyak berpunca drpd mereka sendiri..mungkin org lain xfaham apa yg mereka maksudkan sebab xsiapa yg lebih memahami diri mereka sendiri selain ALLAH kan?? pokok pangkal nya, mereka harus menilai diri mereka sendiri sebelum mereka menilai org lain sebab mereka TIADA HAK untuk menilai orang lain..

bagaimana dan bagaimana??
biarlah masa yg menjawab semua nya..

**maafkan lh sy kerana bahasa yg xseberapa..maafkanlah sy kerana anda terpaksa membaca sesuatu yg kurang memberi impak kepada anda..maafkanlah sy SEMUA ORANG.. sy nak hidup dalam aman dan bahagia disini dan disana nanti,,insyaALLAH. insyaALLAH hati ini akan memaafkan sesiapa yg pernah membuat salah dengan IKHLAS..


semoga hari ini (311009) memberi sedikit2 pengalaman dan pengajaran untuk kehidupan yg masih jauh buat diri, teman dan teman..aku masih dalam proses merangkak dan terjatuh..

30 Oktober 2009

sabarlah sayang..

sambungan alkisah teman aku yg xde mood~

kecewa nya aku..aku ajk teman aku tu pegi alamanda..tapi die kte die xnk pegi..huhu.xpe hati...sabar lah ye..mungkin teman awak tu ade masalah..sbb tu die xnk pegy..mungkin juga die xnk membuang masa,,xmcm awk tu..huhu

sabarlah hati..cuba lah memahami teman awak tu..die ade masalah tu..jgn lh kecil hati kat die..kesian die..die ade masalah tu...sabar ye hati..cuba bayangkan awak kat tempat die..mesti awak akan harap kwn awk untuk memahami awk kan..'buatlah apa yg awak nk org lain buat kat awk'..dipetik daripada salah seorg teman..jgn pula memutarbelitkan phrase itu..bukan bermaksud org buat jahat kat kte, kte bls balik jahat..subhanallah..TAK BAIK..semoga kte semua dipelihara drpd berbuat demikian..

semua yg berlaku pasti ada hikmah nya..bersyukur lah sebab awak masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk merasai semua ni..cuba bayangkan nikmat semua ni diitarik balik..awk xdpt pun nk mengalami semua ni..ish2,,hidup yg sgt bosan..

buat teman,,
semoga awak akan mendapat ketenangan..ameen.
maafkan lah sy sebab berkecil hati..
sy sepatutnya memahami awak..
berbahgia ok??

untitled


mungkin kerana aku mempunyai banyak masa sekarang ni,,sbb tu aku rajin je nk post..huhu.
tggu je lah aku balik rumah,,xmungkin aku serajin nih...mungkin sebab aku syok tgk tv, ataupun aku dan teman2 disana ada
plan.. inysaALLAH..

berbicara pasal
teman2 aku disana, aku pun sangat menyayangi mereka..sebab, kerana mereka aku menjadi setabah ini..mereka byk mengajar aku erti kehidupan melalui kehidupan mereka sendiri..aku bersyukur sebab ada teman2 seperti mereka..

xsabar nya nk blk rumah..nk jumpa dgn teman2..nk makan masakan mak..nk tdo atas katil sendiri..xnk fikir masalah sendiri lagi..nk fikir masalah org..btw,,aku ni
busybody ke ae?? ke caring?? aku pun xtahu nk define diri aku bagaimana..biarlah org lain yg menilai,,mungkin jugak mereka xde hak nk nilai diri aku..hurm,,dunia..

teman aku 1:

MASKIAH kitaorg kenal sejak umur 6 tahun lagi..jadi, sekarang ni dah 12 tahun kitaorg kenal..selama perkenalan kami, sudah tentu ada up and down..up and down yang bodoh2 pun ada jugak..ahahah,,zaman sekolah rendah lah..so sweet kalau diingatkan balik..sebab perkara macam tu yg memaniskan hidup kita yg tawar..masuk sekolah menengah, kurang lh sikit kebodohan tu..sebab kan dh semakin matang..haha..betul ke matang?? ke buat2 je?? apa2 lah..walaupun mas lebih tua dari aku beberapa bulan (birthday jatuh pada Hari Guru, tapi dia xjadi cikgu pun..cita2 nya ialah untuk menjadi seorang doktor,,insyaALLAH..tapi dia kurang yakin), tapi aku yg act mcm yg lebih tua..mungkin aku ni seorang yg boss?? aku nk semua orang ikut mcm aku..TIDAK! aku xbossy..tapi mengapa?? mungkin aku ni mengikut gene mak ayah aku..huhu.berbalik kpd alkisah teman sehidup semati aku,,insyaALLAH...kami selalu share masalah masing2..walaupun setiap hari jumpa, tapi kalau bergayut kat telefon tu, boleh ambil masa beberapa jam lah..paling sekejap pun 30-45 minit..ha,,paling sekejap tu! kalah org mabuk cinta..hakhak. mas seorang teman yg setia..tapi, xde org yg sempurna..aku juga mungkin bukan teman sejati untuk dia..tapi, aku berusaha untuk menjadi teman sejati mas..huhu.mas,,saya rindu awak! kita saling mengingati da menasihati..saya SAYANG awak insyaALLAH kerana ALLAH..

wow, satu post je xdpt nk cerita pasal semua teman2 sy..alhamdulilah, sy dikurniakan teman2 untuk saling 'menumbuk' sy dikala sy terleka..mereka juga penawar hati sy dikala susah dan senang..terima kasih!

ya ALLAH, kau ikhlaskan lah hati kami dalam bersahabat keranaMU semata2..KAU bahagiakanlah kehidupan teman2 ku dunia dan akhirat..berilah mereka impian yg mereka inginkan..

ya ALLAH, KAU tempatkanlah ibu bapa ku di dalam syurgaMU..sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku dan adik beradik ku yg lain..ampunkan lah dosa2 ibubapa ku ya ALLAH..

ya ALLAH, rahmatilah kehidupan adik beradik ku dan seluruh ahli keluargaku dengan rahmatMU yg luas..bahagiakanlah mereka dunia dan akhirat..ya ALLAH, berilah petunjuk kepada adik beradik ku ya ALLAH, sesungguh nya aku menyanyangi mereka ya ALLAH..

ya ALLAH, ampunilah semua dosa2 ku ya ALLAH..sesungguhnya aku adalah hamba yg lemah..ikhlaskan lah hati ku dalam bersahabat semata2 keranaMU ya ALLAH..ikhlaskanlah hati ku untuk beribadah keranaMU semata2..peliharalah diriku daripada godaan syaitan..peliharalah hatiku daripada sifat riak, takbur dan bongkak..

sesungguhnya kepadaMU sahaja aku memohon,,ENGKAUlah yg MAHA MENDENGAR dan MAHA MENGASIHANI..
~amin yarabbala'lamin~

Setiap orang ada masa nya..

Tadi, sye dan teman3 pgy ke pasar malam..lewat jugak lh kitaorg keluar..lebih kurang kol 8.45 mcm tu..huhu. ni sebab salah seorg drpd teman sye tu, die lom penah pergi lagi..hm, mlm ni adalah peluang terakhir utk die menjejakkan kaki ke pasar mlm tu.. lebih kurang 15 minit jgk lah ktorg tggu bas.. berkat kesabaran kitaorg, sampai gak bas tu..huhu.alhamdulilah...

satu benda yg sye perasaan kat teman sye yg seorang ni, die xde mood pada waktu tu..ntah, sye ni mmg mcm tu..kalau ade seseorang tu yg act lain drpd biasa, sye akn assume sesuatu..mak ai,,diriku..berhenti lah untuk bersangka2! xbaik untuk hati...kalau sangkaan kte tu salah,,boleh bwk kpd dosa tau..sye sentiasa ingatkan diri sye, jgn bersangka2..tapi hati ni terlalu lemah..kesian kan?? padaMU saja aku berdoa ya ALLAH..

berbalik kpd kisah kwn sye..sye xtau mengapa die xde mood..sy xberani nk tye lebih2..cukuplah sekadar menanyakan sama ada die ok ke x..walaupun die mnjawab 'ok', sye merasakan die xok..xpe2, sye xde hak nk tau lebih...sye hanya nk die tau yg die ade kwn tempat die untuk meluah..hm,,mungkin mlm ni mlm die untuk tidak mempunyai mood..sebab sye telah mempunyai byk mlm di mana sy sudah byk kali kehilangan mood..kesian kat kwn sye sbb terpaksa menerima sje muka sye yg endah x endah tym tu..maafkan sye..insyaALLAH sye cuba utk mengawal mood sy..

berbicara ttg kwn,,sy ada byk perkara yg hendak diluahkan..sbb bagi sy, insan yg bernama kwn itu terlalu berharga..TERLALU BERHARGA..atau lebih tepat lagi, insan bernama sahabat..semenjak sy melangkah ke dunia baru dinegeri org ni, sy sedang mencambah benih2 persahabatan sejati tu..IKHLAS lah dalam bersahabat..insyaALLAH akan meredhai persahabatan itu..walaupun teman2 sy sekarang ini belom masih sy anggap sebagai SAHABAT, tapi sy sangat menyayangi mereka..sy xkisah kalau mereka xmempunyai anggapan sedemikian, cukuplah hanya sy..cukupkah 4 bulan tu untk kami kenal hati budi msg2?? xpe..msh ada byk masa lagi untuk kami lebih mengenali..huhu,,insyaALLAH kalau ALLAH panjangkan umur..

sy sangat menyayangi mereka..insyaALLAH niat itu ikhlas kerana ALLAH..sy takut, kalau niat tu salah, mungkin lambat laun pasti ada sesuatu yg akan terjadi..sy xnk..sy sayang mereka.. cukup tulus kah ungkapan 'sy sayang mereka' itu?? biarlah ALLAH saja yg tahu sesungguhnya DIA MAHA MENGETAHUI..ya ALLAH, IKHLAS kan lah hati kami dlm bersahabat,,amin..

kepada teman sy yg telah kehilangan mood die, sy berharap awk akan mendapat ketenangan..sy faham situasi awk tapi sy xdpt nk buat apa2 sebab sy menyedari siapalah sy ini untuk menyibuk..tapi sy nk awk tau yg saya sayang kt awak..minta maaf byk2 kat awak kalau selma ni sy ada tersalah cakap ke,,mengguris hati ke,,terlebih cakap dalama hati ke,,ke xpuas hati ke,,sy minta maaf byk2 sbb sy ni hanyalah manusia biasa yg selalu tergoda dgn bisikan syaitan..buat teman2 sy yg 2 org lagi tu, terima kasih dan minta maaf juga..

mungkin setakat ini sahaja lh luahan hati ini..semoga semua org dikurniakan mimpi yg indah,,amin..

First time ever!

hehe..satu perkara yg kelakar sedang berlaku..
kami sedang menghadapi masalah air..baru pertama kali berlaku..
mungkin ALLAH nk tunjukkan bahawa dalam setiap kesenangan tu pasti ada kesusahan..

mengapa aku suka menggunakan perkataan 'kelakar' atau 'lucu' pada suatu perkara yg xlawak pun..mungkin aku merasakan bahawa setiap dugaan yg diberikan itu membuat aku kembali ke dunia nyata..rupanya selama ini aku terbang melayang,,alahai diri..sedar! mungkin juga aku menggunakan phrase itu untuk menandakan aku gembira sebab ALLAH menyedarkan aku kembali..

semoga semua orang menjalani hidup dengan penuh kebahagiaan..insyaALLAH

Tujuanku~

Blog ini dibuat adalah untuk luahan hati semata2..

Aku perlukan satu medium untuk mengeluarkan segala isi hati yg kadang2 sgt bodoh untuk diceritakan pd seseorg..remeh lh katakan.. Hm..lagipun,, skang ini aku sangat free sbb baru je abis final exam sems 1 pagi tdi jam 10..haha

Sungguh kelakar apabila teringatkan aku baru sahaja menamatkan Semester Pertama aku disini..
Seribu kesyukuran pada DIA yg selama ini memberi aku kekuatan untuk berada disini sampai lh kesaat ini..

Alahai diriku,,sedarlah sikit yg dunia kau ni makin kehadapan..bukan statik semata2..